pelangi hidup ku......

pelangi hidup ku......

Sunday, May 30, 2010

pencabut uban....

Salam petang ahad...dah lama rupanya aku tak update kan blog ni...bila adikku tegur baru la aku tersedar. Sebenarnya banyak idea, banyak story yang aku nak muntahkan...namun kesempitan masa membuatkan aku terpaksa melupakannya...
Hanya tinggal 1 minggu lagi nak cuti sekolah.Ntah nak pergi mana plak cuti ni.Cadang nak g utara .nak bawak anak tgk padi.sian plak dwang tu mana pernah tgk pokok padi.makan nasi tau, tapi tak tau datang dr mana.

Citer pasal balik kg ni,salah 1 yang aku suka ialah bila dapat kumpul ramai2 ngan adik beradik.Ntah camner waktu mandi tadi aku terpandangkan sepit janggut.pas tu aotomatik aku ingat nak bawak balik kg.sbbnya .....adik ku yang no 3 suka sangat cari uban aku.kalau ada sepit tu agaknya mau 3 hari 3 malam dia cabut uban.sambil tu boleh la aku layan mataku...eeeeee bestnya...

ok la sampai sini dulu...

Wednesday, May 26, 2010

Monday, May 24, 2010

sambal tumis petai......

Bersempena ngan tajuk di atas, maka menu makan tgh aku dan family ialah sambal tumis udangan campur petai.Tapi waktu tgh famly aku tak makan pun sbb dwang sumer sekolah,my hero lak diet,so menu diatas di bawa ke dinner.
Perjalanan kerjaya disekolah berjalan lancar.Hari ini aku sengaja ambik relisf kat kelas peralihan 1.Ramai cikgu2 mengeluh kalau kena masuk kelas ni.So berbekalkan panduan dan semangat yang Pn. Pengetua berikan aku pun melangkah masuk ke kelas ini ngan muka bertopengkan singa jadian.hehehe....4X aku suh dwang beri ucap selamat, sehinggalah aku berpuashati nama ku disebut ngan betul.(nak xpose nama la tu).Mula2 tu bebudak tu cam takut2 jer ngan aku.Sumer diam jer.Risau gak kut nanti deme kena sawan, so aku pun bukak la topeng singa jadian ku.Haaaaa.....barulah dwang lega.Kalau tak macam kena tahan kentut lak.


Xtvt yang terset kat minda aku tuk kelas ni ialah menghafal 5 nama cikgu2 kat SMKTD2.Sorang demi sorang aku panggil tuk sebut nama cikgu.2Alhamdulillah semua pelajar dapat mengingat nama5 orang guru.


Masa ada 15 minit lagi, xtvt kedua palak ialah permainan begini dan begitu.caranya: bila akku sebut begini, pelajar mesti ikut.Bila aku sebut begitu, pelajat tak yah ikut.Saper yang fokus akan menang.Kesudahannya seorang pelajar perempuan menang dan aku menghadiahkan dia RM 5 hengget.
Pas tu aku pun bagi la puji-pujian yang melambung tinggi buat semangat dan perangsang pelajar2 peralihan ini.syok giler dwang ngan xtvt yang aku buat.MOralnya:kalau nak masuk kandang kambing kena mengembek....(ehh betui ker...), kalau masuk kelas peraaalihan kena sedia ngan xtvt yang memberansangkan.baru la dwang suke.
Sebenarnya hari ni aku nak berstory pasal tangga yang aku cakap semalam.sebelum tu mai la kita peratikan tangga ni.......

ni masa nak naik tangga........


Ini lak masa nak turun tangga.....

Cuba korang bayangkan,kalau la rumah korang kat tingkat 8,korang agak2 ada berani ka nak daki tangga ni??? Aku dah buktikan aku boleh!!!! Kalau suh aku naik bangunan 99 tingkat pun aku berani guna tangga.Tentu korang banggakan ada kawan yang berani cam aku.heheheh...
Sebenonya...hukhukhuk...huhuhu...sedey weh...teman dah FOBIA!!!!!fobia pada lift.sumer ni gara2 lepas operation 2X tahun lepas la. Aku pun tak pasan sejak bila aku mula trauma nak guna lift ni.Apa yang aku tau, kejadian ini berlaku tahun lepas masa aku dan my hero menghantar adik g berubat kat pudu plaza tingkat 8.Masa naik lift tu tetiba jer aku rasa nak pitam.Bila kuar jer dr lif aku rasa cam dapat balik nyawa ku ini.Pas tu bermula la episod2 sedey dalam idupku.Waktu nak balik sumer orang dah masuk lif, tetiba kaki ku jadi kejang jer bila melangkah masuk dlm lift, so aku kuar balik.My hero pun terkejut,nyaris dia terturun dulu.Aku lak dah nak meraung..huaaaaaaa huaaaa...............Pas tu aku bisik kat my hero,h***y, g la turun dulu,ina turun ngan tangga jer ...bia la ina turun sorang2...Agak2 korang sanggup tak my hero biarkan heroinnya turun tangga sorang2??? hehehe...akhirnya kami berdua pun menuruni tangga bersama-sama.Padahal masa tu aku baru 3 bulan lepas operate.Setelah 30 minit barulah kami sampai kat bawah.

Itulah satu2nya kelemahan ku sekarang...bukan setakat lift ajer, malah naik bas pun aku trauma dan fobia.tak tahu kenapa.bukanya takut mati accident, tapi aku pun tak tau sebabnya. So skang ni bila balik kampung aku lebih rela naik keretapi.
Bab2 fobia dan trauma ni bukan suka2 blh buat tau.aku pun bukan suka2 mengade ngade nak trauma2 ni...tapi ini lah salah satu kesan selepas aku kena 2 x operate pada perut di tempat yang sama dalam masa 7 hari.Cuba korang bayangkan.Ngeri tak???
Lu pikir la sendiri......hehehehe...

Sunday, May 23, 2010

Temujanji ngan Dr.Kevin.

Hari ini aku bangun awal skit dari hari minggu biasa.Selepas mengarahkan anak2 ku berkemas, aku pun bersiap untuk keluar dari rumah.Destinasi pertama sudah tentula cari makan.My hero bawak kami sekeluarga ke bandar baru uda untuk makan nasi ambang.Nasik ambang kat sini mmg syiok abih.Walaupun aku makan dulu tetapi tetap lambat abih sbb my hero bagi sebahagian dari haknya kepada aku.Hee...hehe..dia tau aku suka makan, ooopp... bukan kuat makan taw.Alhamdulillah...perut terisi baru senang ati.

Destinasi kedua plak ialah ke Angsana JB.Kat sini kitorang sekadar cuci mata jer.Tenguk makcik cleaner yang rajin mengemop lantai, tenguk budak kecik lari2 bawah kangkang bapak dia, tenguk budak2 asrama pakai baju sedondon beli aiskrim oreo kat Mc D dan tenguk macam2 lagi.Lepas boring tgk orang ,aku tgk barang lak.Aku g ke Badan.Badan ni kedai buku yang kira tip top la gak kat angsana ni.Fokus aku ialah nak carik soalan PTK.Haru gak ni.Nak peksa 10 hb, tapi satu mende pun aku tak tau.Dia tanya ttg pizza ker atau tanya saper nama menteri papua new gueina..eehh..melalut la plak.Kiranya hampir 38 minit la aku bertapa kat rak buku PTK ni.ssh berui nak pilih buku ni.Ada yang tebal, ada yang nipis.Kesimpulannya aku ambik yang murah.Heehheheh...baca blum tentu lagi.

Kemudian aku layan plak request dr anak bongsu ku = boy."ibu, teacher suh beli kaler kelabu..ibu kena beli kaler besar taw.."amboi!!!..senang jer order.Setahu aku dah ada 3,4 kotak kaler aku belikan.Tapi yang kecik la.Mmg la kaler kelabu tak der dalam kotak yang kecik.So sbb dia tunjukkan muka toseinya, maka aku pun laburla 25 hengget tuk kaler tu.

Ini la kaler idaman anak ku...Kotak luaran ngalahkan kotak barang kemas jer...

Ha....tara....ini plak isi dalam nyer....kat hujung belah kanan tu la kaler kelabu yang boy nak.kalau la boleh beli sebatang jer....hehehehe...

Ini plak buku untuk aku ambik peksa nanti.16 hengget tu...hope boleh lulus....10 julai peksa kat SMK Taman Pelangi Indah, Ulu Tiram.Masa 9.00 pagi kertas 701/01 Generik dan kul 11.00 pagi kertas 702/01 Guru Mata Pelajaran.

Eeehhh..lama beno citer pasal shopping buku ni kan.tersimpang dari tajuk lak.Tak per tersesat jalan kembali ke pangkal jalan.hehehe.

Pas tu aku pun boring,so aku ajak my hero kuar.Masa ni baru kul 12.45 tgh.Temujanji kul 2.30.Nak lepak kat maner ni.So aku ajak my hero g mandikan kete dulu.Pusing2 tak jumpa tempat car wash yang sesuai ngan citerasa.so kitorang g pusing2 jer.Tetiba amir ternampak air cendol,mulala dia bodek abah dia.My hero plak mmg tak tau mana nak abihkan masa ,so layan jer la permintaan anak2 dia.Maka habislah 3 mangkuk cendoi kacang bersama 2 keping karipap bertelur.Nama warung cendoi ni ialah Bulat.Tapi aku tenguk bosnya cekeding jer.Moralnya: Dont judge the book by it cover.Hahahaha..Pasal karipap bertelur plak,mmg karipap tu di bubuh telur bersama inti kentang.Rasanya Ok la.Tapi ada lagi karipap bertelur yang lebih sedap dari warung ni.Nanti aku storykan ek....

Setelah kekenyangan buat kali kedua,maka aku pun bergerak plak ke Hospital Pakar Kempas.Jam baru menunjukkan pukul 1.55 ptg.awal lagi.Aku terus g mendaftar.Anak2 ku plak seronok bangat dapat main kat taman yang disediakan.Sementara tu aku pun pergi la jalan2 sekitar bilik tu...jumpa timbang aku pun terus timbang.Alamak!!! 5*kg...dah overweight.Timbang rosak kut.pas tu aku ambik lak pamplet ttg penjagaan kanser servik.Tak lama lepas tu muncul Dr Kevin yang kiut menjemput ku masuk.cewah!!!...cam anak raja lak.Ikut pada catatan dan pemeriksaan scan yang dibuat bengkak pada ovari ku dah semakin kecut.Kalau dulu 4 kini dah 2.9.inci ker atau cm ker aku tak taw la plak.Berita baiknya Dr kata mybe aku tak perlu buat operation.Alhamdulillah.Syukur.So buat masa ni Dr nasihatkan aku jaga makan dan makan ubat yang diberikan.

aku pun balik dengan hati yang riang gumbira....







Oleh sebab terlalu syok maka aku pun suke-suke ambik gambar spital ni.heheheh...

on de way balik aku teruskan misi yang tergendala tu iaitu memandikan kete ku yang dah 3 minggu tak bermandi..




Syoknyer kete ku bermandi sabun..heheheh....

sekian dulu tuk malam ni...cerita seterusnya ttg tangga.TANGGA!!!!....Y?????....tungguuuuuuuuuuu...........
k la. nite...

Saturday, May 22, 2010

Pagi tu tidurku terganggu ngan panggilan dari kawanku Nana.Katanya cikgu Razak stroke, ada kat spital Kulai.Lepas letak enset aku pun sambung tidur balik.Toing!!!bagaikan ada katak melompat atas kepalaku...tiba2 aku terus terbangun....razak stroke!!!..ehh cikgu razak...betul ker ni...Aku tgk jam baru pukul 9.34 pagi...(oiii korang jangan ingat aku tak solat tau, cuma aku sambung tidur balik).Dengan muka sedey nya aku cakap kat my hero,kawan masuk spital.So my hero kata g la siap...dalam masa 15 minit aku dan anak2 pun bersiap bagai nak rak tuk kuar.Mula2 kami pegi sarap dulu kat D"Nusantara.My hero,boy ngan sheira makan roti canai, aku ngan amir makan nasi kandar.Kiranya aku terus brunch sekali la tu....hehehehe...aku ambik ikan keli masak lemak ngan daging goreng, amir plak makan siput sedut ngan ayam goreng.My hero geling kepala jer tenguk heroinnya makan...
Lepas tu bermulala pengembaraan aku ke spital kulai.Senang jer rupanya.Tetiba jer kat sana kawanku nana dah menanti ngan BB rina.Dia tak leh masuk sbb ada bawa BB.so kena tunggu kat luar.
Aku dengan langkah cemasnya (cewah...)terus menonong masuk ke dalam wad Mahkota.Wad untuk pesakit lelaki.Aku jengah bilik2 wad, tak der pun....ooooo rupa-rupanya cikgu razak duk kat wad berkongsi 8 orang.Bagus jugak tak der ler dia banyak memikir sangat.Duk ramai2 bagus boleh borak2 dan bergossip ngan kawan2 bila tak der pelawat.
Masuk jer ke bilik tu aku terus terjah cikgu razak....tetiba adrenalin(betul ker ni..)aku bergerak semacam jer..nak nangis ker...nak ketawa ker..nak buat muka aper...eh..apasal lak perasaan ni...control..cool..tarik nafas dulu.."kawan aku sakit...terbaring...stroke..."sedih taw...aku ni bukannya boleh tgk benda2 cam ni...haa...ni pun dah kuar air mata air idung...tapi aku kuatkan semangat...(kalau aku tak kuat cam ner nak bagi semangat kat ajak ni...)aku pun cakap suh dia kuatkan semangat....jangan pkpk pasal sek lagi...ingatkan anak2 dan isteri jer...pas tu aku pesan lagi kat ajak(razak -nama manjanya ajak)ALLAH sayangkan dia tu pasal ALLAH test skit kat dia.memandai jer aku cakap...yer la apa lagi yang aku boleh tolong...hanya mampu doakan semoga cikgu razak cepat sembuh.Cikgu razak pun ada kata dia terharu kawan2 ramai datang ziarah dia.aku pun cakapla..kami sumer kat SMKTd2 masih ingatkan dia...lagipun cikgu razak ni baik orangnya dan suka membantu kawan.tu pasal sumer orang sayang kat dia.Sabar la razak...Amat terharu sekali bila aku tenguk cikgu razak mengalirkan air mata sambil mengucap terima kasih kepada kengkawan yang datang ziarah.Aku pun tolong lapkan air mata dia....tak sanggup rasanya tenguk kawan2 sakit begitu....sedey...sedeynya...huhukhukhuk...aku tgh nangis ni taw...Dulu aku pun pernah sakit kat spital ismail...cikgu razak datang ngan anak2nya...kini dia plak yang sakit...aku faham bila kita sakit dan ada orang yang datang melawat, itu merupakan satu sokongan kepada pesakit tu...tu pasal aku tahu ngapa cikgu razak mengalirkan air mata...mesti dia tacing sangat ngan kedatangan kami sumer...
Ok la ...moga2 cikgu razak diberi kekuatan untuk tabah menghadapi segala cabaran...semoga cepat sembuh....amin...

Friday, May 21, 2010

Alhamdulillah hasil penerokaan ku di alam blog ni,berjaya membawa diri ku terus ke hadapan lagi...sebenarnya aku masih lagi mencari-cari acuan untuk diri sendiri...tujuan aku membina blog ini pun hanya satu ....iaitu untuk tatapan anak-anak bila dewasa nanti dan untuk kepuasan diri sendiri.

Alangkah bagusnya jikalau aku dapat membina blog ini sejak anak pertama ku lagi.sekurang-kurangnya dapatlah aku menceritakan perjalanan hidupnya dari kecil hinggalah dewasa.Tapi tak per la.Rasanya masih belum terlambat.

Untuk malam ini rasanya cukuplah jika aku bentangkan semula memori silam anak-anak ku ketika berada dalam jagaan opahnya di kampung sg. klah dan kg. Menderang.Mengapa mereka berada di kg?....ohhh...itu nanti aku ceritakan di episod yang akan datang.



Ini gambar anak ku yang ke 3 merangkap anak bongsu.Bongsu???Yes..tak der yang keempat atau kelima.Enough!!...cukup!!Kecuali jika ALLah kata "Kun Fa Yakun..."hehhe...yang itu tak dapek den nak tolong....Masa ni umur boy baru 1 tahun kut...aku pun tak brape ingat lak..Opah atuk dia yang jaga.Bergilir-gilir ngan opah maksu dia....





Ini pulak gambar anak sulung = shahrul amirrul 5 tahun dan anak perempuanku yang satu = shahira adriana 4 tahun.Tahun 2005 dwang sek kat tadika kemas kampung Guntung.Tiap-tiap hari atuknya akan hantar dan ambik dwang dari sekolah.Tapi sebelum balik sekolah kena lalu tol dulu.Tol dwang ni special skit.Bayar jer tol dapat jajan.heheheh....tau tak per....anak atuk la katakan...sumer yang dwang cakap mesti dapat...

Aku memang terhutang budi yang teramat banyak pada mak aku,adik aku,mak mentua akuserta bapak mentua aku yang sudi menjaga dan memberikan kasih sayang yang tak terhingga kepada anak-anak ku ini....Hampir 4 tahun anak-anakku ini tinggal kat kampung bersama atuk dan opahnya.Terima kasih mak...mak mertua...apak..dan adik bongsuku.

Sampai sini dulu citer ttg anak-anakku.insyaallah sok lusa aku sambung balik....














Thursday, May 20, 2010

go swimming....

Hari ahad 16 mei 2010, bawak anak-anak g nusa mutiara...sian lak...tiap minggu sebuk jer ngan kerja.dah lama tak bawak budak tu g swimming.So kebetulan lak ari tu tak kemana,maka aku [un menyampaikan berita gembira untuk anak-anakku...aku cakap gini.."wahai anak-anak ibu...nak jadi ikan tak...???anak2 ku pun terpana sekejap.apahal lak ibu ni cakap cam ni....hehehe..sajer jer buat saspen...pas tu anak2 ku sambung balik main psp...ceh..tak menjadik lawak ku..."saper nak pergi mandi..!!!!..zap..zupp!!! terus anak2 ku bersedia ngan baju renang masing2...
Maka dengan itu aku pun bergerak la ke nusa mutiara untuk bermandi manda..oopppp...hanya anak2ku sajer yang mandi..aku pulak hanya bermanda jer...Seronok tengok dwang mandi..macam2 aksi dwang buat...mula2 terjun...pas tu menyelam..pas tu buat aksi kupu2...
Tiba2...hujan turun selebat-lebatnya...kantoi...xtvt anak ku...guard lak dah tiup wisel suh naik.so dengan muka tosei masamnya anak2 ku naik la ke darat...huhuhu.....


Assalamualaikum.......

Alhamdulillah...syukur....akhirnya dapat juga saya mempunyai sebush ruang untuk berkongsi cerita dan berkongsi pengalaman bersama pembaca/peminat blog di luar sana.Sebenarnya dah lama teringin nak buat blog sendiri...tetapi kerana kekangan masa dan juga kurangnya panduan ...maka minat tu berkubur begitu sahaj...sehingga la baru2 ini sorang adik di sekolah saya memberi sedikit tip kepada saya untuk membina laman blog saya sendiri...Terima kasih kepada Cikgu Norsuziliani kerana memberi tunjuk ajar....Memang saya amat tertarik apabila membaca blog2 dari kengkawan...dapat jugak sedikit sebanyak berkongsi pengalaman...