pelangi hidup ku......

pelangi hidup ku......

Wednesday, February 9, 2011

salam sayang buat diriku,suami dan anak2 tersayang...sayang juga buat pembaca di depan komputer ini...saya sayang kamu hari ini dan selamanya.tapi seribu kali sayang walau pun saya sayang lappy saya, namun sayang lappy saya tak sama cam sayang saya padanya.kerana lappy sayang sedang atau mungkin sedang dirogolkan oleh dr yang merawatnya.dah seminggu lappy tak sayangkan saya kerana dia pergi ke klinik untuk merawat kecederaan motherboardnya.saya harap lappy cepat sembuh dan kami boleh saling sayang menyayangi.

sebenarnya dah lama aku pendam sebuku kesalan dengan apa yang terjadi padaku dalam bulan lepas.nak luah pada orang takut nanti jadi buah mulut.kalau jadi buah bluberry or strawberry tak pe la gak.nak luah kat blog ni plak takut kalau orang baca tersalah tafsir la plak.lagi kecoh.kang kena saman cam kes politik skang ni.

tapi aku dah tak tahu nak luah kat sape batu kerikil kecil yang ada dalam hati ini.mak aku selalu berpesan...."NAK BINA HUBUNGAN TU AMBIK MASA BERTAHUN LAMANYA UNTUK MESRA DAN BAHAGIA...TAPI KALAU NAK MEMUTUSKANNYA HANYA NGAN 1 KALIMAH SAHAJA BISA MENDERITAKAN DAN MENYEDIHKAN..."

aku suka berkawan...happy dapat borak2 ngan kawan.arwah dady plak kata ...makanan boleh merapatkan kita dengan insan yang kita sayangi.bila kita makan sama2 kita enjoy kita gembira .begitu juga ngan kawan2 kita.tapi tak sangka ada gak insan "mulia" sengaja nak mengisukan pasal xtvt yang aku adakan.pas tu takut lak nak beritahu direct pada aku.tapi siap guna nama "tuan2" untuk menakutkan aku.Dalam hati aku kata..."hek eleh...piiiiiiiiiiii.....raaaaahhhh....ada aku kesah".........tapi aku masih cool...aku anggap itu hanyalah kata org baru...xcited or ..#$%^&*()......mak pesan tak bek labelkan orang buruk2...so faham jer la...lina oiii.

aku cuba cool..cool..cool....dan biarkan ia pergi cam angin lalu,....so setelah naik cuti...ingatkan dah settle la...rupa2nya...geng XOX masih tak puas hati gak....tapi still guna nama"tuan2" tuk takutkan aku....hahahaha...kelako tui la...len kali gunalah nama pak belalang ker...nama hitler ker...nama firaun ker...maybe boleh mengecutkan segala isi badan aku....hahahahaha....kelako...kelako...

apa pun aku tahu geng XOX ni baik2 belaka...maybe teruja sangat kut...terima kasih la kat geng XOX...anda de best dalam mencipta isu!!!......apa pun percayalah saya tetap sayang kamu dan tak berdendam dengan kamu.saya harap pas ni tak perlu la kamu cipta isu....demi jalinan ukhwah umat islam...

sekian terima kasih...

Tuesday, February 8, 2011


assalammualalikum.....
rindunya nak berblog bila membaca blog2 kengkawan....buat permulaannya...aku cadang nak mengemas dan menyapu sarang yang
telah bertamu kat blog ini sekian lamanya...

AMARAN!!!!
blog ini adalah luahan hati aku dan dari hati aku untuk diri aku je...korang yang datang boleh baca dan tgk...tapi tak yah la sebuk2 terasa la
k jika ada antara luahan hati aku yang menyelingkuh hati korang plak..

terkadang rasa pelik ngan sikap orang...walau pun aku tahu mmg manusia ni pelik.tahun ini xtvt aku kat sekolah tak ;a sesibuk mana pun sbbnya maybe guru2 pun dah bertambah dan kini aku pun dah tak jadi orang kebiru lagi...dah jadik kelabu!
kalau dulu... (ceh terasa sebak la plak...)...kalau nak s
uh wat apa2 sumernya suh aku...mintak tlg kat aku...tapi kini pandang tawar je kat aku...(eh selama ni manisnya aku...hiks...)...tapi ibarat kata...ada aku kesah!!...

walau pun aku dah kelabu...tapi sikap dan pangai aku tetap sama...suka menjamu selera dan main makan2...dari dulu lagi aku selalu jadik tukang karut bab makan2 ni...dalam erti kata lain tukang ketua arrangekan makan2 potluck ni
...takde niat lain...just suka2...
bukan nak tunjuk lagak ...bukan nak jadi hero...bukan nak glamour...(walau aku rasa aku glamour dalam hidup aku...heheheh...)...tapiiiiiii....erm....maleh lah nak citer n ambik pot sangat...pendek citer ada gak yg tak baper chenta...

tapi aku tetap bersikap +....insyaallah
aku tak mau memanjang duka...hidup ini banyak pancarobanya....

setiap orang ada pendiriannya...aku hormat pendirian orang selagi orang itu masih menghormati diriku...tiada dendam untuk orang lain sbb aku tak
suka berdendam.......hidup biarlah ikhlas...

sekian dulu untuk malam ini...esok aku kena men
gaktifkan diri untuk latihan rumah kuning...
salam..

ooooppppppp.....gambo kat bawah ni adalah gambar lama masa aku buat sherperd pai...


cara nak buat...
bahan2:

1.ubi di rebus - pas tu lenyekkan dia - pas tu buh susu segar- pas tu buh le garam secukup rasa.

2.daging cincang di tumis ngan bawang puti - buh lada putih pas tu buh le mix vege...

3.susun daging dalam mangkuk yang boleh di bakar dlm aven pas tu buh plak ubi pas tu tabur skit cheese pas tu bako le...
taraaaaaa!!!!...cuba la...


Wednesday, June 2, 2010

Anak ku tgh ambik mid year exam.....

Sebenarnya dah 2 hari anak ku mengharungi mid year exam.Start ari selasa.Dari hari jumaat yang lepas lagi aku dah kerah anak-anak ku study.Hari sabtu ngan ahad lak aku ada kursus kat M Suites hotel.So tak dapat la aku menemani anak ku study.Cam ner pun aku dah pesan wasiat banyak2 suh dwang baca buku.
Bila aku sampai rumah jam dah pun pukul 6.56 petang.Penat dan letih.Malamnya aku pun soal la anak2 ku apa buku yang dwang baca.My gurl kata dia baca buku cerita, my big boy plak kata dia baca buku bola and my boboy plak kata baca majalah mailto:bola.!@#$%^&*....aku tanya dwang, "nanti peksa cikgu bagi soklan ini ker...." pas tu dwang sumer senyum.aku lak nak sengih ker nak senyum.

Sebenarnya aku merasa bersalah gak kat dwang ni.Walau pun aku cikgu, tapi aku jarang nak beri masa tuk ngaja mereka ni.Sebab kadang kala sukar nak memberi komitmen pada 2 perkara.Cakap memang senang : utama kan kuarga dulu, baru sek...tapi bila kita berada dalam link ini tau la cam ner.Umpama pepatah anak kera di hutan disusukan, anak sendiri kehausan...

Namun sesekali aku sering gak mengingatkan diri aku dan pembaca di luar sana, masa / alam kanak2 hanya sekali, justeru itu jangan abaikannya.nanti menyesal tak sudah.


Ni gambar my gurl ngan my big boy.... yang ni plak my gurl ngan my boboy...
setakat ini dulu.len kali jumpa lagi...bye...

Tuesday, June 1, 2010

Cuti sekolah??????

Salam...Nampaknya dah lama tak menjenguk anak angkat ku ini.Sehinggalah adik ku Au suh aku tutup jer blog ni.Hehehe...rupa-rupanya ada gak pengikut setia ku.Terima kasih la Au.

Sebenornya banyak citer nak ku sampaikan tapi idea tu terlampau laju hingga tak tertaip dek jari telunjuk ku ini.Maklum la aku menaip menggunakan jari tengah mham jati telunjuk jer.kalau la jari kaki pun boleh guna, gerenti idea dan taipan aku selari jer....

Pagi ni aku nak berkongsi citer pasal CUTI.Kadang kala syok kadang kala tak syiok.Syok sbb dapat rehat.tak syiok sbb anak2 mula tanya cuti kali ni nak pergi rumah "tinggi mana ek???"Tu yang buatkan my hero tutup 2 2 telinga ngan tapak tangan.Aku tak ler tutup sbb aku suka jalan.Tapi gambar agung kenalah mantap.

Cuti kali ni sebenonya juga aku secara manja2 masa nak tidur tu ada gak mentionkan pada my hero ku nak g ke kedah,rumah Ayahchik kat Baling.Cakap la aku nak tenguk padi.Aku tgk my hero pejam mata, tapi aku terus mengomei gak.Harap2 ada la 2 3 ayat aku yang masuk kat minda dia.hehehehe...

Baru2 ni adik2 ku cadang nak g Pangkor.Itu pun alright gak.Apa apa pun tunggu dan lihat jer la keadaan suhu dan cuaca pada masa itu.Mana la tau kot2 dapat bintang dr langit ker, boleh jual kat pajak gadai.

Insyaallah kalau aku berjaya g cuti2 akan aku donlotkan gambar kat blog ni. Sorry la jika blog kali ini tak bergambar...
sehingga berjumpa lagi...

by...

Sunday, May 30, 2010

pencabut uban....

Salam petang ahad...dah lama rupanya aku tak update kan blog ni...bila adikku tegur baru la aku tersedar. Sebenarnya banyak idea, banyak story yang aku nak muntahkan...namun kesempitan masa membuatkan aku terpaksa melupakannya...
Hanya tinggal 1 minggu lagi nak cuti sekolah.Ntah nak pergi mana plak cuti ni.Cadang nak g utara .nak bawak anak tgk padi.sian plak dwang tu mana pernah tgk pokok padi.makan nasi tau, tapi tak tau datang dr mana.

Citer pasal balik kg ni,salah 1 yang aku suka ialah bila dapat kumpul ramai2 ngan adik beradik.Ntah camner waktu mandi tadi aku terpandangkan sepit janggut.pas tu aotomatik aku ingat nak bawak balik kg.sbbnya .....adik ku yang no 3 suka sangat cari uban aku.kalau ada sepit tu agaknya mau 3 hari 3 malam dia cabut uban.sambil tu boleh la aku layan mataku...eeeeee bestnya...

ok la sampai sini dulu...

Wednesday, May 26, 2010

Monday, May 24, 2010

sambal tumis petai......

Bersempena ngan tajuk di atas, maka menu makan tgh aku dan family ialah sambal tumis udangan campur petai.Tapi waktu tgh famly aku tak makan pun sbb dwang sumer sekolah,my hero lak diet,so menu diatas di bawa ke dinner.
Perjalanan kerjaya disekolah berjalan lancar.Hari ini aku sengaja ambik relisf kat kelas peralihan 1.Ramai cikgu2 mengeluh kalau kena masuk kelas ni.So berbekalkan panduan dan semangat yang Pn. Pengetua berikan aku pun melangkah masuk ke kelas ini ngan muka bertopengkan singa jadian.hehehe....4X aku suh dwang beri ucap selamat, sehinggalah aku berpuashati nama ku disebut ngan betul.(nak xpose nama la tu).Mula2 tu bebudak tu cam takut2 jer ngan aku.Sumer diam jer.Risau gak kut nanti deme kena sawan, so aku pun bukak la topeng singa jadian ku.Haaaaa.....barulah dwang lega.Kalau tak macam kena tahan kentut lak.


Xtvt yang terset kat minda aku tuk kelas ni ialah menghafal 5 nama cikgu2 kat SMKTD2.Sorang demi sorang aku panggil tuk sebut nama cikgu.2Alhamdulillah semua pelajar dapat mengingat nama5 orang guru.


Masa ada 15 minit lagi, xtvt kedua palak ialah permainan begini dan begitu.caranya: bila akku sebut begini, pelajar mesti ikut.Bila aku sebut begitu, pelajat tak yah ikut.Saper yang fokus akan menang.Kesudahannya seorang pelajar perempuan menang dan aku menghadiahkan dia RM 5 hengget.
Pas tu aku pun bagi la puji-pujian yang melambung tinggi buat semangat dan perangsang pelajar2 peralihan ini.syok giler dwang ngan xtvt yang aku buat.MOralnya:kalau nak masuk kandang kambing kena mengembek....(ehh betui ker...), kalau masuk kelas peraaalihan kena sedia ngan xtvt yang memberansangkan.baru la dwang suke.
Sebenarnya hari ni aku nak berstory pasal tangga yang aku cakap semalam.sebelum tu mai la kita peratikan tangga ni.......

ni masa nak naik tangga........


Ini lak masa nak turun tangga.....

Cuba korang bayangkan,kalau la rumah korang kat tingkat 8,korang agak2 ada berani ka nak daki tangga ni??? Aku dah buktikan aku boleh!!!! Kalau suh aku naik bangunan 99 tingkat pun aku berani guna tangga.Tentu korang banggakan ada kawan yang berani cam aku.heheheh...
Sebenonya...hukhukhuk...huhuhu...sedey weh...teman dah FOBIA!!!!!fobia pada lift.sumer ni gara2 lepas operation 2X tahun lepas la. Aku pun tak pasan sejak bila aku mula trauma nak guna lift ni.Apa yang aku tau, kejadian ini berlaku tahun lepas masa aku dan my hero menghantar adik g berubat kat pudu plaza tingkat 8.Masa naik lift tu tetiba jer aku rasa nak pitam.Bila kuar jer dr lif aku rasa cam dapat balik nyawa ku ini.Pas tu bermula la episod2 sedey dalam idupku.Waktu nak balik sumer orang dah masuk lif, tetiba kaki ku jadi kejang jer bila melangkah masuk dlm lift, so aku kuar balik.My hero pun terkejut,nyaris dia terturun dulu.Aku lak dah nak meraung..huaaaaaaa huaaaa...............Pas tu aku bisik kat my hero,h***y, g la turun dulu,ina turun ngan tangga jer ...bia la ina turun sorang2...Agak2 korang sanggup tak my hero biarkan heroinnya turun tangga sorang2??? hehehe...akhirnya kami berdua pun menuruni tangga bersama-sama.Padahal masa tu aku baru 3 bulan lepas operate.Setelah 30 minit barulah kami sampai kat bawah.

Itulah satu2nya kelemahan ku sekarang...bukan setakat lift ajer, malah naik bas pun aku trauma dan fobia.tak tahu kenapa.bukanya takut mati accident, tapi aku pun tak tau sebabnya. So skang ni bila balik kampung aku lebih rela naik keretapi.
Bab2 fobia dan trauma ni bukan suka2 blh buat tau.aku pun bukan suka2 mengade ngade nak trauma2 ni...tapi ini lah salah satu kesan selepas aku kena 2 x operate pada perut di tempat yang sama dalam masa 7 hari.Cuba korang bayangkan.Ngeri tak???
Lu pikir la sendiri......hehehehe...